Pembiakan

 

Tempoh matang arkus betina adalah di antara 4 hingga 5 bulan. Ada juga yang berpendapatan berat arkus betina juga memainkan peranan penting, iaitu sekurang-kurangnya 1.75 paun sebelum dibiarkan mengawan. Bagi arkus jantan pula, tempoh matangnya adalah di antara 5 hingga 7 bulan.

 

Bagaimanapun, anda tidak boleh membiarkan arkus betina anda bunting sekiranya umur arkus betina tersebut melebihi 8 bulan. Ini kerana pada waktu tersebut, tulang pelvisnya sudah lemah dan boleh membahayakan serta membawa risiko kematian si ibu dan anak di dalam kandungan. Arkus juga tidak boleh bunting terlalu kerap. Semakin kerap ia bunting dan melahirkan, semakin pendek jangka hayatnya. Malah, yang baru sekali melahirkan juga berisiko tinggi untuk terdedah dengan pelbagai penyakit.

 

Tetapi tugas arkus jantan bukan semudah itu, arkus betina yang rasa terganggu dengan arkus jantan yang ingin mengawan akan memancutkan air kencing ke muka arkus jantan dan kadang-kadang menggigit telinga arkus jantan tersebut.

 

Tempoh kehamilan arkus adalah 59-72 hari. Semakin panjang tempoh kehamilan, semakin kecil jumlah bayi di dalam kandungan dan begitu juga sebaiknya. Pada waktu ini, arkus betina memerlukan lebih vitamin C dan meminum lebih banyak air berbanding biasa. Bentuk badannya juga berubah kepada bentuk seakan-akan buah pir. Malah selepas 7 minggu, anda dapat melihat sendiri pergerakkan bayi di dalam perut arkus betina. Selepas 2 minggu, ia akan melahirkan pada bila-bila masa saja. Sebaik-baiknya, asingkan daripada arkus jantan sebelum tempoh melahirkan.

 

Apabila cukup tempoh, arkus akan menarik anaknya keluar dan memecahkan sendiri kantung yang berisi anak itu. Setelah itu, ia akan membersihkan anak itu sebersih-bersihnya dan akan memakan uri yang keluar bersama-sama bayi tadi. Jangan bimbang, ia adalah sesuatu yang biasa dan amat baik untuk membantu penyusuannya nanti.

 

 

Tempoh penyusuan adalah selama 2 minggu sahaja. Tetapi sebenarnya, bayi arkus yang baru lahir sudah boleh memakan makanan pejal beberapa jam selepas dilahirkan. Malah, matanya sudah terbuka dan badannya juga sudah berbulu lebat.

 

Penting juga diingatkan supaya menjauhi arkus jantan ketika waktu ini. Walaupun baru melahirkan, arkus betina mampu mengawan lagi dan ini sesungguhnya amat tidak baik untuk kesihatannya sendiri.

 

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s