Selamat Datang!

Salam semua!

Wujudnya laman blog yang serba ringkas ini adalah untuk memberi sedikit informasi kepada para pembaca untuk mengenali dan sekaligus mengasihi sejenis makhluk yang dipanggil arkus atau tikus Belanda ini. Malalui pengamatan saya, banyak laman-laman yang menyediakan maklumat mengenai arkus di Internet tetapi kebanyakkannya di dalam bahasa Inggeris. Jadi di sini saya menyediakan laman di dalam bahasa ibunda kita sebagai alternatif kepada yang sedia ada.

Mungkin masih ramai yang belum sedar ataupun kurang sedar dengan kewujudannya. Maklumlah, ramai yang lebih memilih kucing, arnab atau hamster. Harapan saya, dengan kewujudan laman blog ini, dapatlah kita semua membuka mata untuk mengenali haiwan kecil ini dengan lebih dekat.

Bagaimanapun, apa yang terdapat di sini, bagi saya amat ringkas. InsyaAllah, akan saya kemaskinikan dari masa ke semasa. Saya juga mengalu-alukan pembaca semua untuk mengutarakan kemusykilan dan juga soalan. Kalau saya mampu, akan saya cuba menjawabnya.

Kepada pembaca yang juga memiliki arkus, anda dialu-alukan untuk tampil dan berkongsi pengalaman, nasihat, tunjuk ajar dan gambar-gambar menarik. :)

2 Komen

Filed under Uncategorized